Monday, 13 January 2014
Nasi Daging Simple Giler....
Tittle happening kan? taste pun not bad...
Nasi Daging ni actually is my mum's recipe. Nim akan buat nasi bile mood MALAS datang menjelma. KENAPA? the answer MUDAH,SIMPLE dan YUMMY...
MUDAH
Semua ramuan main campak je...
SIMPLE
Tak banyak bahan nak digunakan. semua bahan yg boleh jumpa kat dapur rumah ;)
YUMMY
Rasa setanding dengan masakan yg dimasak oleh chef terkenal (Ko ade? sesekali feeling over! haha)
Nak RESEPI... meh nak share...
Utk 3 org makan:
3 cawan beras (guna beras jasmine)
70 gm daging lembu ( makin byk makin sedap, )
3 cawan air rebusan daging
2 sudu perencah kurma adabi
Setengah ulas bawang besar dimayang
4 rempah sekawan
garam seckup rasa
serbuk perasa
minyak untuk menumis
Sedikit tomato puree (Nim tukar kepada fresh tomato, sedap jugak)
1. rebus sehingga empuk dan potong sederhana tebal. Jangan buang air rebusan. ketepikan.
2. Beras di basuh dan ditoskan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan rempah sekawan. Masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau. (jangan sampai hangit ye!)
4. Masukkan rempah kurma dan tumis sehingga garing. Masukkan beras, daging dan air rebusan tadi. Tambahkan garam dan serbuk perasa. biarkan sehingga mendidih.
5. Setelah mendidih, tanak di dalam periuk nasi elektrik. jangan lupa masukkan tomato yang telah dihiris tadi. kalau guna tomato puree masukkan dalam proses menumis tadi ye.
6. Biarkan nasi dalam periuk elektrik sehingga masak. Simple kan? adik-adik yang kat sekolah pun boleh buat...
Nilah nasi daging yang nim buat hujung minggu lepas...
Note: klau gna beras basmathi lagi sedap & klau nak guna minyak sapi pun sangat dialu2kan... no problem...in cooking you're free to play with you food! trust me...
Labels:
Nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment