It's more than JUST Kitchen Talk ~_~

Saturday, 30 April 2011

My Homemade PRETZEL ~ My Favourite Snacks!!!

AsSalam dan Salam yumMyliCious buat semua....

Kali ni saya nak share bersama2 penggemar pretzel yang lain....

PRETZEL  memang sedap!!! ... teramatlah merinduinya Auntie Anne's punye pretzel. Tapi nak buat mcm mane kat Kuching xde Auntie Anne punye outlet ='(

Luckily Aloha Bakery kat Jalan Song ade menjual Pretzel and quality nya pulak setanding Auntie Anne punye pretzel cuma xdelah sos caramel yg likat n sedap itu =P. Problem dgn Bakery ni pulak cuma menyediakan Pretzel 2 kali seminggu (wednesday n sunday morning) tu pun kalau sempat sbb mmg FAST SALE bagi Pretzel!!!! huhu kesian kan.

Faktor2 inilah yg menyebabkan saya belajar membuat pretzel sendiri  =))

SUSAH???  mmm x lah susah,  klau dah  biasa buat roti, memang x menjadi masalah. Malah lebih senang. X caye??? klau x caye, kene lah buat sendiri baru boleh cakap senang or x? setuju x? Jemput-jemputlah tengok gambar-gambar kat bawah yang saya rakam untuk tatapan semua

Assorted Flavour 4 my Homemade Pretzel


yumMyliCious


Sugar And Cinnamon ~ My Favourite Flavour for Pretzel


Bagi Penggemar Pretzel seperti saya !!!

Here is the recipe:

Ingredients
1 1/2 cup air suam
1 1/8 tspn yis
2 tblspn gula perang
1 1/8 tspn garam
1 cup tepung roti
3 cup tepung gandum
2 cup air suam
2 tspn baking soda
2-4 tblspn mantega cair

Methods
  1. Masukkan yis kedalam air suam ( 1 1/2 cup tadi) dalam mangkuk 
  2. Masukkan gula perang dan garam ke dalam adunan tadi, kacau hingga sebati
  3. Setelah sebati masukkan tepung dan uli selama 15 minit
  4. Setelah di uli selama 15 minit, biarkan adunan tadi selama 1/2 jam (biarkan ia kembang)
  5. Sementara menunggu adunan tersebut kembang, sediakan baking soda water bath
  6.  Untuk menyediakan baking soda water bath tersebut, campurkan air suam (2 cup) bersama baking soda dan ketepikan
  7. Setelah 1/2 jam, adunan di bahagi kepada beberapa bahagian (saiz ikut suka)
  8. Buat seperti bentuk adunan, dah buat sehingga habis
  9. Panaskan ketuhar 200 darjah celcius
  10. Sebelum dibakar, celup pretzel tadi kedalam Baking Soda Water Bath dan letak di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 minit (kuning keemasan)
  11. Setelah masak, sapukan mentega cair di permukaan pretzel dan boleh buat berbagai flavour ( cth : Sugar n Cinnamon, Garlic, Cheese, Almond & etc)

Must try!!!!

Cream Puff ~ Delish~

AsSalam and Salam yumMyliCious buat semua....

baru lepas selesai baking cream puff ( new recipe yg saya dapat ). 1st yg saya suka resepi ni sbb teramatlah lah mudah just ambik masa dalam 1 hour to prepare. Ingredient utk resepi ni jugak mudah senang nak dapat
 ( thats the reason y i like this recipe =P )
cuma bagi yg x suke manis boleh kurangkan gula untuk cream custard nanti. Here is the pictures yg saya sempat ambik tadi enjoy it!!!

                                                 belum dimasukkan kastard (fresh from oven)


                                                                       With Kastard


                                                                      yummylicious!!!!

Nak Resepi???
here is the recipe :

Pastries
250 ml air (1 cup)
150 ml mentega (1/2 cup)
125gm tepung gandum (1 cup)
4 biji telur (saiz besar)
1/2 tspn garam

Methods:

  1. Panaskan air, garam dan mentega dalam periuk sehingga cair.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau adunan bagi mengelakkan adunan menjadi berketul {pastikan api tidak terlalu besar(medium heat)}
  3. Alihkan adunan daripada dapur dan masukkan telur, masuk telur sebiji demi sebiji sambil kacau adaunan    sehingga  adunan  kelihatan  smooth  mixture (erm...x tahu dlm bm..time ni jugak lah saya tetiba blank =P )
  4. Panaskan oven 200 darjah celcius
  5. Bakar selama 20 - 30 minit

Cream Custard

3 biji telur kuning
200 gm gula kastor (boleh kurang sbb bagi saya manis sgt )
750ml susu  (saya guna susu kotak low fat)
20gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/2 tspn vanila

Methods:

  1. Pukul telur kuning dan gula sehingga menjadi putih
  2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sambil kacau adunan bagi mengelakkan adunan menjadi berketul2
  4. Masak adunan menggunakan medium heat, kacau sehingga adunan menjadi keras
  5. Biarkan sejuk sebelum di pipe kan ke dlm pastri tadi
Selamat Mencuba....

Monday, 25 April 2011

Egg Tart ~ Nyemms~


As Salam & Salam yumMyliCious buat semua...

Today saya nak share my fav dessert iaitu EGG TART. Dari kecik saya memang suka egg tart. klau pegi bakery shop memang harus saya beli egg tart. Egg tart yang paling saya suka ialah buatan mak saudara saya, memang sedap n class. takde egg tart yang leh lawan egg tart mak saudara saya (pendapat saya lah) yang buat egg tart dia laen sbb tart shell dia mcm cookies very crunchy x mcm egg tart biasa lembik =P but then recipe yang saya nak share kat sini bukan lah recipe from my auntie dia x bagi even saya pun x de resepi tu sbb dia berniaga tu yg dia x bagi kot. Takpe lah Udak (nama panggilan dia) saya faham adat orang berniaga...

Tapi recipe yg saya nak share ni pun x kurang sedap nye hasil dari trial n error yang saya buat jadi terciptalah resipi egg tart ni. walaupun tart shell dia x secrunchies (ade ke ayat nie????) tapi tart shell dia a bit buttery tu yg saya suke =). so ape lagi here is the recipe :


Tart Shell

Bahan2:

250gm mentega (i'm using golden churn)
110gm gula kastor
1/2 egg
500gm tepung gandum


Methods:

1. Satukan kesemua bahan tadi.
2. Uli bahan sehingga sebati.
3. Rehat dan sejukkan adunan selama 15 minutes
4. Canai dan place it dalam tart shell mould.
5. Lubangkan (gunakan garpu) dan bake it setengah masak dalam ketuhar.


Egg Castard

Bahan2:
100gm gula kastor
150 ml air panas
250 ml susu segar ( susu kotak )
1/8 tspn garam
1/2 tspn esen vanila
3 biji telur (Grade A )


Methods:
1. Melt gula dalam air panas kemudian masukkan susu segar, garam dan esen vanila.
2. Pukul telur (beat lightly) dan campurkan dalam campuran susu tadi.
3. Tapiskan campuran tadi dan tuang dalam tart shell tadi.
4. Bakar sehingga masak.


~Sedap~
Posted by Picasa

Sunday, 24 April 2011

Chocolicious....



Coklat...Chocolate... yummy!!!!

As Salam dan Salam yummylicious buat semua...

Entry kali berkisarkan homemade coklat yang tengah popular sekarang ni....
kali ni saya nak share buat homemade chocolate guna dark chocolate (Beryl's). Ingatkan susah bebenar nak sediakan homamade chocolate ni. Nak hasilkan homemade chocolate ni teramatlah mudah... memang betul peribahasa melayu cakap tak kenal maka tak cinta...jadi tak cuba mana nak tahu senang or tidak nak hasilkan sendiri chocolate ni kan =)

Bagi penggemar coklat seperti saya ni memang tidak rugi kalau mencuba sendiri membuat coklat ni kat rumah. Kepuasan yang teramat sangat, lebih-lebih lagi untuk disajikan kepada keluarga tersayang!! ~_~

Resepi ni utk semua :

Bahan2:
1 kg Beryl's Dark Chocolate
Chocolate moulds (ikut suka)


Methods:
1. Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiler.
2. Setelah Chocolate cair (melting) gaulkan sehingga betul2 cair dan berkilat
3. Padamkan api dan sejukkan chocolate tadi.
4. Masukkan chocolate tadi dalam piping bag dan pipe kan ke dalam chocolate mould yg disukai.
5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit


Must try!!!!

Posted by Picasa

Pau Mudah ~ Steam Buns ~



AsSalam and Salam Yummylicious buat semua...

Today saya buat Steam buns a.k.a PAU untuk dijadikan juadah minum petang....actually dah promise ngan my mum nak buat untuk hujung minggu ni. This is my 2nd time buat pau dr resepi yang saya ambik dr internet (tp tak ingat drpd blog siapa). The result mmg sedap walaupun saya guna bread flour sebab tpg gandum dah habis saya gunakan semalam utk buat pretzel =)). My mum pun suka sebab klau dia tak suka awal2 lagi dia dah bagi kritikan hevatss!!..

Paling saya suka buat pau guna resepi ni sebab tak banyak ragam...terlampau mudah and ingredient pun senang nak dapat. k lah tak nak tulis panjang2, bagi yang nak mencuba here is the recipe :

Bahan2:

2 1/2 cawan tepun gandum
3/4 sudu teh yis kering
1/2 sudu baking powder
4 sudu gula kastor
1 sudu makan lemak sayuran (saya guna pure shortening)
1 sudu teh bread softener
1/2 cawan air suam


Methods :

1. Satukan tepung, ys, baking powder, bread softener dalam mangkuk.
2. Uli sebati dan masukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran. Uli till dough tidak melekat.
4. Biarkan dough selama 10 minutes.
5. Bahagikan dough kepada 5 bahagian (ikut suka, actually boleh bahagi kpd 10)
6. Canai dan letakkan inti pau yang disukai, kelim kemas dan alas guna paper cup size sederhana besar.
7. Rehatkan pau selama 20 minutes
8. Air mendidih baru letakkan kukusan selama 10 minutes.


~ Selamat Mencuba ~
Posted by Picasa